Polis siasat pemandu ikut laluan berbeza

Iklan
Zulkifli (tengah) ketika ditemui di Hospital Serdang.

SERDANG - Siasatan masih dijalankan berhubung laluan yang digunakan pemandu bas terbabit dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, bas tersebut dipercayai telah hilang kawalan sebelum menjunam ke dalam longkang besar.

Iklan
Iklan

"Kita masih menyiasat untuk kenal pasti bagaimana pemandu bas berusia 43 tahun itu menghala ke laluan itu.

"Sepatutnya pemandu terbabit membawa pekerja ke MAS Kargo dan mengikut laluan arah jam tiga di Bulatan Minyak, sebaliknya dia menggunakan arah jam 12. Itu menjadi tanda tanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Serdang, hari ini.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati jarak lokasi kejadian dari bulatan sejauh kira-kira 200 meter.

Tambahnya, maklumat awal yang diperoleh mendapati bas terbabit mengambil pekerja di sebuah hostel di Nilai, Negeri Sembilan untuk dihantar ke tempat kerja, MAS Kargo KLIA dan masuk bertugas pada syif jam 12 tengah malam.

Iklan
Suasana terkini di Jabatan Forensik Hospital Serdang.

Tambahnya, ini adalah kejadian kemalangan pertama di lokasi terbabit dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Menurutnya, pihaknya juga telah berhubung dengan kedutaan mangsa untuk proses dokumentasi bagi tindakan lanjut, manakala keterangan mangsa lain yang terselamat akan mula direkod petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam tadi, seramai 11 individu termasuk tiga wanita yang mana seorang pemandunya yang juga warga tempatan disahkan meninggal dunia.

Setakat jam 12.15 tengah hari ini, tujuh lagi dilaporkan kritikal iaitu lima di Hospital Serdang dan dua lagi masing-masing di Hospital Putrajaya dan Hospital Banting.

ARTIKEL BERKAITAN:

11 maut bas terjunam longkang

Tiada kesan brek di lokasi kejadian: Polis