Integriti tinggi benteng perangi rasuah

Iklan
MKN Kedah menyahut seruan untuk bersama Rasuah Busters dalam memerangi jenayah rasuah di negeri ini.

GURUN - Pembentukan karakter yang berintegriti tinggi, amanah dan bertanggungjawab diperlukan dalam pembinaan diri seseorang anggota agensi keselamatan bagi menjaga keamanan dan kedaulatan negara sepanjang waktu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia #RasuahBusters, Nurhayati Nordin berkata, pembinaan nilai moral dan karakter bagi seorang adalah sangat penting kerana perkara tersebut menjadi benteng dan membantunya memerangi jenayah rasuah dan korupsi di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejarah dahulu membuktikan rasuah antara elemen yang mampu menjatuhkan sesebuah negara sekiranya tidak dikekang dan dibanteras dari awal oleh semua pihak.

"Tembok Besar China yang begitu hebat suatu ketika dahulu telah berjaya ditembusi oleh musuh walaupun mereka ada sistem pertahanan yang cukup hebat hanya kerana rasuah.

Iklan

"Sebab itulah musuh yang kita mahu hadapi ini bukan calang-calang musuh, ia perlu ditanggani dengan kerjasama utuh daripada semua pihak untuk menolak rasuah dan mengangkat integriti," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.

Nurhayati semasa menyampaikan perkongsian kepada hampir 100 pegawai keselamatan negeri Kedah di Jerai Hill Resort, Gurun pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan perkongsian kepada hampir 100 pegawai keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jerai Hill Resort, di sini.

Iklan

Nurhayati berkata, minat yang ditunjukkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah bersama Rasuah Busters di negeri diharapkan mampu memacu dan menarik minat pihak lain untuk bersama menjayakan kempen memerangi najis rasuah di Kedah.

"Usaha ini tidak seharusnya berakhir di sini sahaja, kami mengalu-alukan kerjasama daripada rakyat Malaysia, mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), kelompok masyarakat dan aktivis untuk bergabung dengan Rasuah Busters.

"Kita perlu melakukan perubahan yang sangat-sangat diperlukan oleh negara kita pada hari ini untuk untuk tinggalkan sebuah negara yang baik kepada generasi yang akan datang," ujar Nurhayati lagi.

Turut bersama dalam program tersebut adalah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Mohd Zawawi Zakaria dan Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Tajul Ariffin Muhammad.