Malaysia bertindak balas terhadap tuntutan Kesultanan Sulu

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Wan Junaidi (kanan)

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia telah memulakan strategi global yang proaktif untuk menghalang dan mengetepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Ia susulan laporan waris Kesultanan Sulu telah mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan perintah (Final Award) di Mahkamah Belanda terhadap aset-aset Malaysia di sana, termasuk rangkaian aset milik Petronas.

Iklan
Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Malaysia akan meneruskan prosiding mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengetepikan dan membatalkan perintah berkaitan serta yakin penyelesaian prosiding mahkamah itu akan menyebelahi Malaysia.

"Saya ingin menegaskan bahawa aset Petronas bukanlah milik Kerajaan Malaysia dan permohonan untuk mengiktiraf serta menguatkuasa aset-aset tersebut dilihat sebagai suatu pencabulan proses mahkamah.

Iklan

"Pendirian Kerajaan Malaysia bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah di Paris pada bulan Februari 2022 adalah tidak teratur dan tidak mengikut lunas undang-undang.

"Tambahan pula, perintah yang diperoleh sekiranya dikuatkuasa boleh mengakibatkan ketidakadilan

Iklan

serta implikasi yang serius kepada kestabilan negara lain. Perintah yang dikeluarkan oleh penimbang tara adalah tidak sah dan tidak mengikut norma atas beberapa sebab-sebab tertentu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebagai contoh jelasnya, tindakan mengalihkan proses pengiktirafan dan penguatkuasaan perintah yang diperoleh daripada negara Sepanyol ke negara Perancis walaupun Mahkamah Agung Madrid mengisytiharkan pembatalan pelantikan Penimbang Tara dan prosiding susulan timbang tara.

Bagaimanapun, pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu tetap meneruskan usaha-usaha menguatkuasakan perintah di negara-negara di mana Malaysia sedang melaksanakan tindakan sewajarnya.

"Dalam masa yang sama, kerajaan melaksanakan tindakan perundangan yang sama di Luxembourg dan akan mengambil tindakan yang serupa di Belanda untuk mengetepikan dan menghalang

sebarang percubaan oleh pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu bagi menguatkuasakan dan memperoleh faedah-faedah daripada perintah yang dikeluarkan Mahkamah.

"Malaysia menghormati dan bangga menganggotai Konvensyen New York. Namun, Malaysia tidak akan sama sekali bertolak-ansur atau tunduk kepada mana-mana pihak yang memanipulasi dan menyalah guna sistem sedia ada demi kepentingan peribadi.

"Justeru, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan dan asetnya di luar negara,” tegasnya.