NEW YORK - Harga minyak turun pada Khamis ekoran peserta pasaran menunggu keputusan mesyuarat penting negara-negara utama pengeluar minyak, lapor Xinhua.
West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran November merosot 92 cent, atau 1.1 peratus, untuk ditutup pada AS$81.23 setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent bagi penghantaran November susut 83 cent, atau 0.9 peratus, untuk ditutup pada AS$88.49 setong di London ICE Futures Exchange.