KUALA LUMPUR - Perbincangan mesyuarat melibatkan 'top five' UMNO berjaya capai kesepakatan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pertemuan antara lima pimpinan tertinggi parti di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu berlangsung dengan baik dan mencapai kata sepakat demi kepentingan parti.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, perbincangan bersama kepimpinan 'top five' parti tengah hari tadi berlangsung dengan baik.
"Dapat capai kesepakatan untuk kebaikan parti bergerak ke hadapan," katanya dalam hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat.
Lima pemimpin yang menghadiri pertemuan itu terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Pada 19 September lalu, media melaporkan Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi UMNO bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober ini.