Rakyat akan ajar UMNO sekali lagi: Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan rakyat akan memberi pengajaran kepada UMNO sekali lagi sekiranya tetap mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika banjir.

Beliau menjelaskan UMNO masih tidak belajar daripada apa yang berlaku pada tahun sebelum ini.

Iklan
Iklan

"UMNO tekad nak juga pilihan raya pada musim banjir.

"Tak serik lagi dan tak belajar dari apa yang berlaku tahun lepas. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pun dah bagi amaran awal untuk tahun ni.

Iklan

"Jangan angkuh. Rakyat akan memberi pengajaran kepada anda semua sekali lagi," katanya dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook pada Jumaat.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat mencapai ketetapan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Iklan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.