Dua pelajar dapat CGPA 3.92 STPM rayu masuk universiti awam

Iklan
Antara hantaran pelajar di Facebook.

SHAH ALAM - Beberapa orang pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf mengeluh kerana tidak ditawarkan tempat di Universiti Awam (UA).

Pelajar, Rishenraj Rajan menerusi hantaran di Facebooknya mendedahkan, dia mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.92 untuk STPM, Band 5 dalam Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dan ‘A’ untuk kegiatan kokurikulum tetapi tidak ditawarkan tempat di universiti menerusi permohonan yang dibuatnya di Unit Pusat Universiti (UPU).

Iklan
Iklan

"Pada masa ini merata-rata saya pergi meminta pertolongan dan saya masih tidak tahu mengapa permohonan saya ditolak.

"Saya memohon (kursus) akaun, undang-undang, ekonomi dan perniagaan di pelbagai universiti tetapi tidak dapat. Bolehkah seseorang membantu saya,” soalnya.

Iklan

Sebelum ini dilaporkan persaingan sengit terutama bagi permohonan program kompetitif di UA antara punca 20,732 calon layak dan melepasi syarat am, gagal mendapat tawaran kali pertama ke universiti yang diumumkan pada 25 September lalu.

Seorang lagi pelajar, Venice Lam turut mengakui dia merupakan salah seorang yang tidak bernasib baik dalam permohonannya di UPU walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM.

Iklan

"Saya dapat (CGPA) 3.92 untuk STPM tetapi tak dapat apa-apa. Tertanya-tanya apa masalahnya. Sesetengah orang yang mendapat keputusan lagi rendah daripada saya mendapat tawaran daripada UPU.

"Sangat tidak adil. Tolong bantu saya. Apa yang boleh saya lakukan kini? Saya sangat terdesak untuk memasuki universiti awam. Untuk pengetahuan, saya memohon (kursus) perniagaan dan ekonomi,” katanya di Facebook.