KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 skala Richter dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 3.28 pagi Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Sabtu, memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 286 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.