Bayaran jatuh nombor dua: Umie Aida

Iklan
Umie Aida

AKTRES hebat Umie Aida, sanggup mengetepikan soal bayaran kerana menyifatkan keikhlasan dalam menjayakan sesebuah naskhah itu lebih membuahkan kemanisan.

Dalam erti kata lain, Umie, 46, lebih mengutamakan kepuasan diri dalam melakonkan watak yang mampu memberikan impak kepada penonton.

Iklan
Iklan

Umie Aida atau Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali berkata, dia akan cuba memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang diserahkan kepadanya.

"Kita kena ikhlas dalam berkarya. Apabila sudah mendapat naskhah, jangan pula mempersoalkan tentang jumlah bayaran yang bakal diterima.

Iklan

"Sebaliknya bila sudah dapat naskhah, kita harus fikirkan bagaimanakah hendak menjayakan naskhah berkenaan dengan watak yang diserahkan kepada kita.

"Bagi saya, keikhlasan adalah utama. Bayaran jatuh nombor dua," akuinya.

Iklan

Mengulas mengenai kemenangannya untuk trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30, menerusi filem Dukun, adik kepada pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima itu mengakui tidak terfikir mengenai kemenangan.

Umie Aida

Malah, beliau juga tidak pernah meletyakkan harapan yang tinggi kerana pelakon lain juga cukup hebat.

"Saya tidak gementar apabila pencalonan diumumkan. Tetapi apabila berada di atas pentas saya berasa sangat gemuruh.

"Mana tidaknya, sebanyak 42 buah filem dipertandingkan. Bahkan saya tidak tahu siapa yang berada di kedudukan Top 5 termasuklah kriteria yang dikehendaki oleh barisan juri profesional.

"Jadi sejujurnya saya memang tidak meletak sebarang harapan," jelasnya.

Ini merupakan trofi ketiga yang diraih Umie. Trofi pertama berjaya disandang adalah pada FFM ke-16 menerusi filem Embun sebagai Pelakon Wanita Terbaik, diikuti Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada FFM ke-26 menerusi filem Sembunyi: Amukan Azazil.

Dalam perkembangan lain, Umie berkata, buat masa ini dia tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan kerana sibuk dengan telefilem sulung arahannya berjudul, Lelaki Melayu Terakhir yang dibintangi pelakon popular, Remy Ishak.