PENGENDALI Bayern Munich, Julian Nagelsmann memuji aksi yang ditampilkan pasukannya ketika menewaskan Bayern Leverkusen 4-0 di Allianz Arena awal pagi tadi.
Menurut Nagelsmann, beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti bahawa tiada perselisihan faham antara dia dan pasukan seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Banyak pihak yang membangkitkan tentang hubungan saya dengan pasukan ini. Apa yang boleh saya katakan pemain saya sentiasa meberikan komitmen penuh dalam setiap perlawanan kebelakangan ini.
"Saya sentiasa katakan yang anda dapat melihatnya ketika pemain meninggalkan bilik persalinan sekiranya mereka menghormati pengurus mereka. Perkara itu amat memuaskan saya hari ini," katanya.
Pada aksi tersebut, Bayern, yang gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini memperoleh jaringan awal apabila Jamal Musiala melakukan hantaran lintang rendah kepada Leroy Sane, sebelum pemain itu mencetak gol pada minit kedua.
Musiala selepas itu berjaya mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan itu apabila meledak gol pada minit ke-17 sebelum dia sekali lagi menjadi pencetus jaringan ketiga Bayern yang dihasilkan Sadio Mane.
Mueller menambah gol keempat pada minit ke-84 apabila penjaga gol Leverkusen, Lukas Hradecky tergelincir sebelum bola menuju ke arah penyerang berusia 33 tahun itu yang tidak melepaskan peluang keemasan.