PBM setuju tetapkan tarikh setiap PRU

Iklan
Zuraida

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyokong idea penetapan tarikh untuk setiap Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan di negara ini.

Presiden Pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, penetapan tarikh itu penting susulan keadaan politik yang bercelaru pada masa ini.

Iklan
Iklan

"Ini penting dalam penetapan, kita dalam keadaan politik yang bercelaru dan tiap hari tanya bila pilihan raya?

"Tidak ada ketentuan malah negara-negara maju telah mula menetapkan tarikh pilihan raya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi tindakan itu memudahkan ahli politik, ahli perniagaan, pelabur, ekonomi dan pentadbiran kerajaan merancang serta merencana dengan baik.

"Tidak bercelaru begini, pelabur tak masuk. Adakah kita nak terus dalam keadaan sebegini?

Iklan

"Bila kita ada tarikh (PRU) yang tepat ia memudahkan semua pihak termasuk pelabur, pegawai kerajaan dan ekonomi berjalan dengan lancar," ujar beliau.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, perkara yang membezakan partinya dengan parti-parti lain di negara ini adalah dari segi doktrin.

"Kita ada doktrin kita sendiri di mana pemikiran anggota kita tertakluk kepada rukun negara," jelasnya.