Kes denggi di Kedah meningkat 125.8 peratus

Iklan
Dr Mohd Hayati turut serta dalam Program Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Kedah 2022 di Taman Wira Mergong, Alor Setar pada Sabtu.

ALOR SETAR - Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan sehingga 125.8 peratus setakat Sabtu lalu dengan dua kes kematian berbanding tempoh sama pada tahun 2021.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata jumlah itu adalah sebanyak 883 kes direkodkan pada tahun 2022 berbanding hanya 391 kes pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penduduk perlu lebih kerap membersihkan kawasan sekeliling rumah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi punca penyakit demam denggi.

"Kita harap program gotong-royong ini akan menyedarkan kita untuk membersih persekitaran rumah kita kerana penyakit ini disebarkan oleh nyamuk yang membiak di sekitar rumah kawasannya air yang bersih.

Iklan

"Kita bimbang kes denggi ini akan terus meningkat terutama pada musim tengkujuh nanti, mengikut rekod pada tahun-tahun sebelum ini kes denggi di Kedah meningkat pada musim hujan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas Program Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Kedah 2022 di Taman Wira Mergong, Alor Setar dan turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo.

Iklan

Jelas Dr Mohd Hayati, tiga kawasan wabak denggi yang masih aktif dikesan di daerah Kota Setar adalah di Mergong, Kota Nelayan dan Taman Seri Putra.

"Jumlah kejadian wabak denggi yang dilaporkan sehingga Sabtu lalu adalah sebanyak 77 wabak berbanding 14 wabak pada tempoh yang sama tahun 2021.

"Daripada 77 wabak denggi, lima kawasan panas berjaya dikawal, 65 wabak sudah tamat manakala tujuh wabak lagi masih aktif," ujar beliau lagi.