Tiada laporan kes jual organ, culik: PDRM

Iklan
Tiada laporan diterima pihak polis mengenai dakwaan yang tular di media sosial berkenaan kes jual organ dan culik di Malaysia.

KUALA LUMPUR - Tiada laporan diterima polis mengenai dakwaan di media sosial berkenaan amaran kegiatan menjual organ dan culik di Malaysia.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran sepertimana mesej yang ditularkan.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima khususnya melibatkan dua buah kenderaan seperti yang dimaksudkan dalam mesej tular itu.

"PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh serta tidak membuat perkongsian sebarang hantaran mesej di aplikasi media sosial tanpa menyemak kesahihannya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan PDRM selepas mengesan mesej tular di media sosial bertajuk 'amaran kepada semua ibu bapa/penjaga di Malaysia' dengan menyenaraikan harga jualan bagi organ manusia seperti jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan hati'.

Mesej itu turut mendakwa kononnya pihak Bukit Aman mengeluarkan amaran kepada ibu bapa agar berhati-hati dengan dua buah kenderaan berwarna putih yang dikatakan terlibat dalam kegiatan penculikan manusia dan penjualan organ terutamanya kanak-kanak berumur bawah 15 tahun.

Iklan