JAKARTA - Seorang maut dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 skala Richter yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia pada jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu Malaysia).
Nilai kerosakan dan bilangan yang cedera belum dapat dikenal pasti, menurut jurucakap Lembaga Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari dalam satu kenyataan.
Gempa bumi kuat yang disusuli gempa susulan dirasai tiga hingga lima saat di beberapa daerah termasuk Tapanuli Utara, Humbang Hasundutan, Toba, Tapanuli Tengah, Labuhan Batu Utara dan Medan.
Penduduk di Tapanuli Utara, Humbang Hasundutan dan Toba yang panik segera meninggalkan rumah dalam suasana gelap kerana bekalan elektrik terputus, katanya.
Beliau mengingatkan penduduk agar tidak meletakkan perabot dan alat elektronik bersaiz besar di laluan kecemasan untuk memudahkan mereka keluar rumah semasa gempa.
Penduduk yang tinggal di pesisir pantai pula digesa menuju ke tempat yang lebih tinggi sekiranya gempa berlaku lebih dari 30 saat untuk menghindari kemungkinan terjadinya tsunami. - Bernama