Kutipan pingat Kemboja 2023 kontinjen negara mungkin kurang

Iklan
Mohd Nazifuddin

KEKURANGAN acara potensi menyumbang pingat pada Sukan SEA 2023 di Kemboja akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata, keputusan Kemboja menyenaraikan lebih banyak sukan tradisional menyebabkan pungutan pingat negara mungkin berkurang atau sekurang-kurangnya menyamai pencapaian edisi ke-31 di Hanoi, Vitenam pada Mei lalu.

Iklan
Iklan

"Antara sukan tradisional yang akan dipertandingkan ialah renang sirip, catur kemboja, gusti dan bokator. Kita kena realistik sebab banyak sukan yang selalu dapat emas dikurangkan di Kemboja, jadi kena terima realiti kita tidak akan dapat emas sebanyak di Vietnam.

"Kita perlu fokus naratif di Kemboja banyak sukan dikurangkan contohnya terjun lapan acara jadi dua acara, jadi sasaran kita boleh dapat emas turun mungkin kita akan kehilangan sampai 12 pingat emas," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pasca Mesyuarat dan Penghargaan untuk Pengurus Pasukan dan Urusetia Kontinjen Malaysia Sukan SEA Hanoi 2021 yang dipengerusikan Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Nur Azmi Ahmad.

Selain itu, Mohd Nazifuddin berkata, khidmat dalam atlet muda amat juga diperlukan dalam kontinjen negara pada temasya Kemboja.

Iklan

"Kita melihat selepas Sukan Malaysia (Sukma) banyak atlet muda dan kita percaya di sana (Kemboja) dua sukan terdapat banyak acara iaitu olahraga dan renang. Jadi memang perlu atlet muda untuk mencapai podium," katanya.

Beliau berkata, MOM akan mengadakan pemilihan pada 11 Oktober ini bagi menentukan saiz kontinjen dan berkemungkinan akan menghantar kontinjen kecil tetapi dengan pilihan untuk pulangan pingat yang baik.

Untuk rekod, Sukan SEA Kemboja 2023 dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei tahun depan.