PENGENDALI baharu Selangor FC, Tan Cheng Hoe memulakan tugasan pertamanya bersama pasukan gergasi dengan cemerlang apabila membelasah Melaka United 5-0 sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor berada di depan seawal minit ke-16 selepas Nor Hakim Hassan berjaya menanduk masuk bola hantaran Hein Htet Aung.
Iklan
Iklan
Pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi menggandakan kedudukan buat pasukannya apabila melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-32.
Memasuki babak kedua, kapten Selangor, Brendan Gan menambah derita buat pasukan pelawat apabila menyudahkan hantaran Herlison Caion di dalam kotak penalti pada minit ke-66.
Skuad Hang Tuah terus dirundung malang apabila pemainnya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dilayangkan kad merah kerana menyiku kepala Sharul Nazeem Zulpakar pada minit ke-73.
Peluang itu dimanfaatkan Selangor apabila menambah dua lagi gol menerusi Brendan dan Caion pada minit ke-78 dan 90, sekali gus memberi hadiah bermakna untuk penampilan sulung Cheng Hoe.
Artikel Berkaitan