Mane perlu masa biasakan diri dengan Bundesliga

Iklan
Sadio Mane

BEKAS bintang Liverpool, Sadio Mane menutup mulut pengkritiknya apabila menjaringkan satu gol ketika membantu Bayern Munich mengatasi Bayer Leverkusen 4-0 dalam aksi Bundesliga.

Pemain Senegal itu sebelum ini menerima kritikan pelbagai pihak termasuk ikon Bayern, Phillip Lahm yang meragui keupayaan Mane dalam memberi impak kepada kelab Bavaria tersebut.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan di Stadium Allianz Arena itu, tuan rumah meraih tiga mata hasil jaringan Leroy Sané (3'), Jamal Musiala (17'), Mane (39') dan Thomas Müller (84') untuk mengumpul 15 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

Sementara itu, pengarah sukan kelab itu, Hasan Salihamidzic, mengakui aktif mengadakan perbincangan dengan Mane dalam usaha mencari penyelesaian kepada masalah prestasinya.

Iklan

"Sadio masih memerlukan sedikit masa, dia juga perlu membiasakan diri dengan Bundesliga, dan dia akan menemui sentuhan penyudahnya.

"Saya tahu bagaimana rasanya tiba sebagai pendatang baharu kepada pasukan, di negara yang berbeza, di bandar yang berbeza, dalam budaya bola sepak yang sedikit berbeza.

Iklan

"Sadio dalam proses ini, segala-galanya akan menjadi lebih biasa kepadanya apabila tiba masanya seperti dibuktikan berdepan Bayer Leverkusen.

"Dia merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia, kami masih akan mempunyai banyak kegembiraan bersamanya," katanya.