Piala Emas Raja-Raja: Permulaan berbeza Selangor, Kuala Lumpur

Iklan
Selangor memulakan kempen kumpulan sama dengan kemenangan bergaya 5-2 ke atas MySPRM-ACe10 di Stadium USIM.

JUARA Piala Agong, Kuala Lumpur menyingkap tirai Kejuaraan Piala Emas Raja-Raja langkah kiri apabila tewas kepada PB PDRM, pada Sabtu.

Pada perlawanan Kumpulan C di Padang Pulapol itu, Kuala Lumpur tewas 0-1 kepada PB PDRM hasil jaringan Ahmad Nizam pada minit ke-83.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Selangor memulakan kempen kumpulan sama dengan kemenangan bergaya 5-2 ke atas MySPRM-ACe10 di Stadium USIM.

Gol Selangor disumbangkan Amirul Haziq pada minit ke-12', Azrul Haikal (32', 55'), Mohd Afiq Hilman (63', 90') manakala gol saguhati MySPRM-ACe10 dijaringkan Mohd Aizat Muqklis (47') dan Ahmad Basari Buang (93').

Iklan

Di Padang PCRC pula, Perak dan Perlis berkongsi mata selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan Kumpulan D.

Sementara itu, aksi Kumpulan B menyaksikan kejutan berlaku apabila Bomba Malaysia menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Iklan

Gol Bomba dijaringkan Mohammad Syakimi Karim (19') dan Brandon Tamma (64') manakala Mohammad Firdaus Paris merapatkan kedudukan buat Pahang dengan gol minit ke-54'.

Satu lagi aksi kumpulan sama menyaksikan Jakim Terengganu tewas 0-2 kepada Kelantan.

Gol Kelantan dijaringkan Dzikri pada 37' dan 45' pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, itu.

Aksi Kumpulan A pula menyaksikan Negeri Sembilan ASJ Teguh menewaskan TNB FC 1-0 hasil jaringan sepakan penalti Mohd Norazzi Khalid minit ke-60' di Stadium Kilat Bangsar,

Sementara satu lagi perlawanan, Melaka kecundang 1-2 kepada ATM di Stadium Hang Tuah.

Gol ATM dijaringkan Mohd Norfazli Mohd Zaman (22') dan Mohd Kairul Iqmal (77') manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Mohd Shamerul Abd Aziz (52').

PIALA EMAS RAJA-RAJA

AHAD (2 OKTOBER)

Kedah lwn Pulau Pinang

(Std Mini UUM, 8.30 malam)