PEMAIN sensasi Brighton, Leandro Trossard menjadi duri dalam dalam daging buat Liverpool apabila menafikan kemenangan The Reds ketika mencatat keputusan 3-3 di Anfield.
Pengendali The Reds, Jurgen Klopp akui tahap keyakinan anak-anak buahnya merosot dan mereka sepatutnya boleh beraksi dengan lebih baik.
"Kami perlu berusaha dan pemain-pemain boleh melakukannya dengan lebih baik. Tugas saya ialah mewujudkan situasi untuk mereka beraksi lebih baik," katanya.
Liverpool hampir dikejutkan dengan kekalahan pertama dalam saingan liga di Anfield sejak tahun 2017 apabila penyerang Belgium itu meledak dua kali dalam tempoh 17 minit pertama.
The Reds bagaimanapun bangkit dengan dua gol Roberto Firmino sebelum gol sendiri Adam Webster meletakkan tuan rumah di landasan kemenangan.
Bagaimanapun dalam perlawanan pertama Roberto De Zerbi sebagai pengendali Brighton, The Seagulls meraih keputusan positif apabila Trossard melengkapkan hatrik tujuh minit sebelum tamat permainan.
Selepas menggantikan Graham Potter, De Zerbi menerapkan corak permainan yang berjaya memerangkap Liverpool.
"Potter perlu diberi pujian kerana dia meninggalkan pasukan yang hebat untuk saya. Saya tidak lakukan banyak perubahan, hanya menambah sedikit buah fikiran saya," ujar De Zerbi.
The Reds kekal di tangga kesembilan liga, manakala Brighton terus menghuni tangga keempat.