Arif Aiman gembira berpeluang pamer ‘taring’ di JDT

Iklan
Arif Aiman (depan), berazam memberikan aksi terbaik pada baki empat perlawanan Liga Super musim ini. - foto Bernama

PEMAIN sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi gembira apabila berpeluang membuktikan kemampuannya bersama skuad Harimau Selatan itu, biarpun sebelum ini tidak berpeluang melakukannya ketika berada di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Menurut pemain bagi generasi kedua akademi berkenaan, dia juga tidak berpeluang berada dalam kesebelasan utama pasukan yang ketika itu di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim.

Iklan
Iklan

"Ya, saya pernah berada di bawah (Lim) Teong Kim...tetapi dulu Teong Kim tak pandang saya, tak berikan peluang kepada saya.

"Di AMD, saya skuad kedua, tetapi first eleven pun tak (dapat) main. Sebab tu saya keluar dan join Johor dan saya dapat peluang (serlahkan bakat) di sini.

Iklan

"Namun, di JDT, saya masih perlu fight kerana semua merupakan pemain terbaik. Tetapi jurulatih Benjamin Mora (ketika itu) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), bantu saya,” katanya pada Sabtu.

Untuk rekod, pemain berusia 20 tahun itu meledak dua gol ketika membantu JDT menewaskan Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, Arif Aiman turut membuktikan kewibawaannya dengan menjaringkan satu gol pada aksi final Piala FA pada 10 September selain melakar hattrik berdepan Penang FC, 5 Ogos lalu.

Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi (kiri), cuba melepaskan rembatan ke gawang Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu. - foto Bernama

Justeru, tidak hairanlah, pemain sayap lincah berkenaan seringkali menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama samada ketika beraksi untuk JDT mahu pasukan kebangsaan, Harimau Malaya.

Ditanya mengenai visinya bagi mengharungi baki empat perlawanan akan datang, Arif Aiman menegaskan dia akan memberikan aksi terbaik bagi memastikan skuad Harimau Selatan itu mencatatkan kejayaan.

Katanya, dia juga berazam untuk menjaringkan lebih banyak gol pada baki empat perlawanan bekrenaan bagi membantu kejayaan pasukan.

"Bagi saya semua pemain telah memberikan yang terbaik setakat ini dan kalau diikutkan ini merupakan trofi Liga Super kedua buat saya dalam karier.

"Memang saya agak teruja kerana tak semua pemain di usia saya ini boleh memenangi Liga Super dan insyaa-ALLAH, Piala Malaysia pula, (selepas ini),” katanya.