Perluas pameran BPEX ke seluruh negara

Iklan
Ismail (dua dari kanan) melawat dewan pameran selepas Majlis Perasmian Pembukaan Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia 2022 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) pada Sabtu. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Penganjuran Pameran Harta Tanah Bumiputera (BPEX) perlu diperluaskan ke seluruh negara bagi membantu meningkatkan lagi pemilikan rumah bumiputera.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, kerajaan sentiasa membuka ruang kepada semua pihak termasuk sektor swasta bagi melaksanakan sebarang inisiatif untuk menggalakkan lagi pemilikan kediaman dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesedaran pemilikan rumah khususnya membabitkan bumiputera B40 dan individu baru bekerja sangat penting bagi memastikan mereka dapat melengkapkan pembelian kediaman yang merupakan salah satu keperluan utama kehidupan.

"Kita juga harap BPEX dapat bantu kerajaan untuk mencapai matlamat agar setiap keluarga memiliki satu rumah," katanya ketika merasmikan Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia 2022 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC) di sini pada Sabtu.

Iklan

Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu itu merupakan platform mengumpulkan pemaju di sekitar Lembah Klang bagi mempromosikan unit kuota bumiputera yang masih belum terjual dalam projek perumahan masing-masing.

Tujuan utama pameran dianjurkan oleh MMC Sdn Bhd itu adalah untuk meningkatkan lagi pemilikan ekuiti bumiputera dalam bidang hartanah kepada antara 30 hingga 60 peratus.

Iklan

Kira-kira 8,000 unit kediaman kuota Bumiputera di Kuala Lumpur dan Selangor dengan nilai keseluruhan berjumlah RM6 bilion ditawarkan semasa pameran tersebut pada harga bermula RM200,000 dan ke atas.

Ismail berkata, bumiputera seharusnya memiliki kesedaran tinggi terhadap pakej pemilikan dan potensi pelaburan yang terdapat dalam bidang hartanah khususnya yang diperuntukkan di bawah kuota bumiputera.

Dalam pada itu, beliau berkata, pakej pembelian dan pembiayaan ditawarkan kerajaan bagi pemilikan rumah sememangnya mendapat sambutan sangat baik di seluruh negara.

"Walaupun sasaran kita tetapkan adalah antara 30 hingga 60 peratus pemilikan hartanah bumiputera, berbeza mengikut negeri. Tapi melalui temu bual saya bersama dengan ejen perumahan, ada antara mereka mengatakan perumahan mereka bina tela pun dimiliki dan dimohon oleh lebih daripada 50 peratus bumiputera.

"Jadi, bagi kita ini merupakan satu sambutan sangat baik dan kita akan terus pastikan supaya kuota diperuntukkan untuk bumiputera itu tidak akan diabaikan," katanya.

Antara pakej pembiayaan pembelian rumah ditawarkan kerajaan untuk memudahkan pemilikan kediaman adalah Inisiatif Pemilikan Perumahan Malaysia (i-Miliki) dan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya).