Hati-hati lalui Jalan Bagan Lalang

Iklan
Lubang besar yang berlaku di Jalan Bagan Lalang, Butterworth pada petang Ahad.

GEORGETOWN - Orang ramai yang melalui Jalan Bagan Lalang di Butterworth diminta berhati-hati susulan berlaku lubang besar (sinkhole) pada permukaan jalan di kawasan tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut tidak melibatkan kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Utara dalam kenyataannya berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 4.30 petang, Ahad.

"Kejadian merupakan 'sinkhole' pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK) di Jalan Bagan Lalang. Lokasi kejadian adalah berhadapan dengan Greenish City Nursery.

Iklan

"Panjang kawasan yang terlibat adalah 100 meter namun laluan tersebut masih di buka kepada kenderaan ringan. Tiada jalan alternatif disediakan, bagaimanapun akan disediakan sekiranya perlu," katanya.

Dalam kenyataan itu lagi, JKR Seberang Perai Utara telah menutup keseluruhan kawasan yang berlaku 'sinkhole' selain meletak papan tanda amaran untuk pengguna jalan raya.

Iklan

Katanya lagi, pihak IWK juga hadir ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan saluran kumbahan serta tindakan pembaikan berkaitan.