Lebih baik PH kaji sokongan semua kaum terhadap mereka

Iklan
Shahril Hamdan

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menggesa Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula sokongan semua kaum termasuk bukan Melayu terhadap mereka dan bukannya sibuk mendakwa sokongan Melayu terhadap UMNO jatuh.

Menurutnya, sebagai contoh di Yong Peng BN bukan sahaja menang kerusi tersebut bahkan majoriti turut bertambah sedangkan ia adalah kerusi majoriti pengundi bukan Melayu iaitu 58 peratus pengundi Cina, tujuh peratus pengundi India, dan 35 peratus pengundi Melayu.

Iklan
Iklan

"Prestasi PKR pula bagaimana? Adakah rakyat menyokong PKR seperti mana dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dulu? Apa data di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka, Johor?,"katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau terlebih dahulu mempersoalkan kenyataan dibuat Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa sokongan Melayu kepada UMNO sudah jatuh sehingga 18 peratus sedangkan dalam PRU14 pun, BN mendapat lebih 40 peratus undi Melayu.

Iklan

"Kalau dianggap itu data lama, UMNO/BN juga ada buat kajian tapi tidak pernah hendak umum pada semua orang jauh sekali mendabik dada. Kerana kita akur keputusan pilihanraya ialah kuasa rakyat, bukan mana-mana ahli politik. Sesuatu angka mampu naik dan turun mengikut peredaran masa,"katanya.

Tegas beliau, data dalam sesuatu pilihan raya lebih tepat berbanding semua formula termasuk daripada Rafizi.

Iklan

"Boleh lihat sendiri angka undi popular di PRN Johor dan Melaka, merentasi kaum. Tapi mungkin formula Rafizi lebih hebat dari semua fakta ini. Jadi kita tunggu sahajalah suara rakyat yang akan menentukan PRU15 nanti. UMNO dan BN sentiasa berwaspada dan menghormati hak rakyat memilih, dan tidak ghairah memperlekeh tahap kekuatan pihak lain,”katanya.