Sabah, Sarawak mahu isu bangun infrastruktur diberi keutamaan

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

SHAH ALAM - Isu mengenai pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak antara perkara penting yang akan diberikan perhatian oleh pengundi di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penduduk dari suku kaum Rungus di Kudat, Jason Johesan Mahuyam berkata, ia keperluan mendesak bagi memacu ekonomi penduduk setempat.

Iklan
Iklan

"Jadi untuk PRU15 nanti, saya akan tertarik untuk mengundi calon yang bukan sahaja bersih daripada rasuah tetapi juga salah guna kuasa, selain mempunyai integriti tinggi dan bergaul dengan rakyat,” katanya kepada The Star.

Seorang suku kaum Idahan dari Lahad Datu, Selamat Gasob, 56, pula berkata, isu peluang pekerjaan juga menjadi antara perkara penting perlu diberikan perhatian oleh kerajaan yang bakal dibentuk nanti.

Sementara itu seorang pelajar dari Tebedu, Sarawak, Josephine Maureen Pollycarp, 19, berkata, isu capaian internet yang perlahan terutamanya di kawasan kampung dan luar bandar perlu diselesaikan.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, seorang penolong pengurus besar dari Sibu, Eddy Puah, 53, berkata, dia mahu melihat perubahan terhadap politik negara yang tidak lagi melihat rakyat Malaysia melalui kaca mata perkauman.