[VIDEO] ‘Saya masih UMNO, gantung ahli bukan hukuman mati’

Iklan
Tajuddin pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan beliau masih ahli UMNO walaupun digantung selama enam tahun.

Tajuddin secara berseloroh turut berkata, penggantungan itu bukannya ‘hukuman mati’.

Iklan
Iklan

"Kita masih UMNO. Tak ada masalah. Gantung itu, bukan gantung mati. Apa ada masalah?

"Kalau nak nak gantung itu bagi mati, dia okay. Kalau tak mati, takut dia hidup balik,” katanya semasa pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Tajuddin dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sebelum ini dilapor digantung keahlian parti selama enam tahun atau dua penggal.

Keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan pada Jumaat lalu.

Iklan