Polis rampas pil ekstasi bernilai RM645,000

Iklan
Khon Chiang (tengah) dan Dzulkhairi menunjukkan barang rampasan

JOHOR BAHRU - Polis merampas tujuh peket berisi 21,500 biji pil disyaki dadah jenis ekstasi bernilai RM645,000 selepas insiden kejar mengejar dengan sebuah bot fiber berhampiran sebuah kelong di Sungai Pulai, Sabtu lalu.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, sepasukan anggota dari Markas Tektikal PPM Wilayah 2 Kukup, Pontian telah menjalankan rondaan berhampiran kelong tersebut sekitar jam 6 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota Bot RH31 itu terserempak dengan sebuah bot fiber dipandu dua lelaki yang kemudiannya memecut laju apabila diarahkan untuk berhenti.

"Berlaku kejar mengejar hampir 15 minit. Ketika itu juga dua lelaki di dalam bot fiber tersebut telah mencampakkan sesuatu objek ke dalam air dan terus memecut ke kawasan cetek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Iklan

Khon Chiang berkata, kedua suspek itu bagaimanapun telah dan meninggalkan bot fiber tersebut dan melarikan diri ke dalam hutan bakau.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap objek yang dicampak ke dalam air itu adalah sebuah beg besar berwarna hitam di dalamnya terdapat barang kes dipercayai pil jenis ekstasi.

Iklan

"Ops cari telah dijalankan bersama anggota PPM di kawasan hutan bakau namun gagal mengesan memandangkan keadaan semakin gelap. Kawasan hutan bakau ini tidak menghubungkan mana-mana perkampungan.

"Polis merampas sebuah bot fiber, seunit enjin sangkut, empat unit tong minyak selain tujuh peket dadah mengandungi pil dipercayai ekstasi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan pihak polis masih menjalankan serta giat mengesan dua lagi suspek yang meloloskan diri itu," katanya.