Haaland kagum aksi menakjubkan City

Iklan
Haaland (kiri) dan Foden meledak hatrik ketika membantu City membelasah United 6-3. - Foto Agensi.

BINTANG sensasi, Erling Haaland memuji aksi menakjubkan Manchester City sambil penyerang Norway itu sekali lagi melakar hatrik ketika membenam musuh setempat Manchester United 6-3 pada Ahad.

Pemain berusia 22 tahun itu konsisten mempamerkan penyudah tajam untuk muncul pemain pertama meledak hatrik dalam tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

Turut cemerlang dalam aksi itu ialah Phil Foden yang tidak mahu ketinggalan mencetak hatrik buat The Citizens.

"Kami menjaringkan enam gol, cukup menakjubkan, menang di tempat sendiri dan menjaringkan enam gol sangat bagus.

Iklan

"Anda boleh lihat hantaran kami sesama sendiri. Kami sentiasa mahu mara dan menyerang. Itu yang saya sukakan mengenai pasukan ini.

"Ia memang menakjubkan. Tiada apa lagi mampu diperkatakan,” ujar Haaland.

Iklan

"Ia umpama mimpi menjadi kenyataan apabila bermain aksi tetangga sebagai penyokong City. Satu kepuasan dapat menjadi sebahagian daripada pasukan,” kata Foden.

Haaland yang ditandatangani dari Borussia Dortmund dengan harga £51 juta (RM263.25 juta) memulakan aksi di EPL dengan sangat mengagumkan dan pelaburan itu dilihat sangat berbaloi.

Dia sudah menyumbat 17 gol daripada 10 perlawanan dalam semua kejohanan termasuk hatrik menentang Crystal Palace serta Nottingham Forest.

Haaland juga menjaringkan gol dalam lapan perlawanan berturut-turut bersama City di bawah bimbingan Pep Guardiola.

City ketika ini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Arsenal dan The Citizens kini mengintai peluang untuk meraih gelaran kelima EPL dalam enam musim.