KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas di kawasan air terjun Lata Rek, di sini pada Isnin.
Mangsa, Mohd Firdaus Yusof dipercayai lemas pada sekitar jam 1.40 petang.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, mangsa ditemui pada jam 5 petang pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh.
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.53 petang dan seramai sembilan anggota telah ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas di kawasan air terjun Lata Rek, Kuala Krai pada Isnin.
Iklan
Iklan
AKAN MENYUSUL