Habuan menanti KL City

Iklan
Para pemain KL City bakal menerima durian runtuh sekiranya berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFC musim ini.

HABUAN wang tunai menanti pemain-pemain KL City FC sekiranya berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFC musim ini.

Janji itu diumumkan sendiri, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad bagi menaikkan moral pemain menjelang perlawanan akhir antara zon menentang Sogdiana Jizzakh pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Setiap perlawanan kalau mereka menang memang kita akan beri bonus. Malah ketika mereka menang sebelum ini dalam saingan AFC kita ada beri ganjaran.

"Mungkin bonus itu tidaklah lumayan sangat. Tapi hadiah kemenangan itu kita akan agihkan dengan telus dan adil,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini The Hawks mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke final Piala AFC Antara Zon selepas menewaskan kelab India, ATK Mohun Bagan, 3-1.

Kejayaan itu menyaksikan, KL City merupakan yang kedua selepas Johor Darul Ta'zim yang berjaya mara hinggaa ke peringkat itu dalam saingan Piala AFC.

Iklan

Dalam masa sama, Khalid turut berharap doa dan sokongan padu dari peminat bola sepak tanah air diberikan kepada KL City menjelang perlawanan akhir antara zon Rabu ini.

"Ini merupakan perlawanan yang penting bukan sahaja kepada kami tetapi untuk peminat bola sepak tanah air.

"Jadi saya harap penyokong-penyokong dapat mendoakan kejayaan kami supaya dapat mara ke final Piala AFC,” katanya.