Lelaki, tunang parah nahas empat kenderaan

Iklan

TAPAH - Seorang lelaki bersama tunangnya parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 352.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sungkai di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 petang itu turut membabitkan dua lagi kenderaan lain masing-masing sebuah treler dan sebuah kereta jenis Peugeot.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Proton Saga bersama penumpang dipercayai ibu lelaki terbabit dalam perjalanan ke Kelantan dari Putrajaya.

"Sementara kereta Peugeot itu turut terbabas dan melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Wan Azharuddin berkata, kemalangan terbabit mengakibatkan pemandu kereta Proton Saga berusia 29 tahun bersama tunangnya cedera parah manakala seorang lagi penumpang turut cedera di kepala.

Menurutnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk menjalani rawatan manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan di tangan dan kepala.

Iklan

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Wan Azharuddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insektor P Prathiparaj di talian 014-6178095 untuk membantu siasatan.