Tactical Operation

Iklan
Helikopter jenis Eurocopter EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilihat melakukan penerbangan taktikal altitud rendah di ruang udara Labuan pada Latihan ‘Tactical Operation’ (TACOP) ketika tinjauan fotoBernama hari ini.

Latihan TACOP yang bermula pada 30 Sept itu berlangsung selama sembilan hari.

Pesawat milik TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal rendah di sekitar daerah Tawau, Lahad Datu, Kuala Penyu, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelaksanaan latihan ini adalah bagi menguji dan memastikan tahap kesiagaan anak kapal dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah di beberapa kawasan yang dinyatakan tersebut.