KAHERAH - Sebuah keranda batu merah jambu milik seorang bangsawan Mesir yang berpangkat tinggi telah ditemui di ruang pengebumian purba berhampiran Kaherah baru-baru ini.
Ia adalah milik Ptah-em-wia yang pernah berkhidmat sebagai ketua perbendaharaan di bawah pemerintahan Firaun dan telah disifatkan oleh ahli-ahli arkeologi sebagai penemuan impian.