Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah bela pesakit terlantar

Iklan
Para penghuni Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah di Semenyih, Selangor makan bersama. - Foto Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah

SEMENYIH - Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah bukan sekadar pusat jagaan biasa bahkan turut membela nasib orang tua-tua yang sakit terlantar.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah, Mohammad Azlan Abdul Rahman berkata, hingga kini pusat jagaan itu dihuni 20 penghuni lelaki dan wanita yang berusia antara 50 sehingga 92 tahun.

Iklan
Iklan

Katanya, daripada jumlah itu, dua daripada mereka adalah warga emas terlantar iaitu seorang pesakit diabetis berusia 72 tahun dan seorang lagi pesakit diabetis serta sakit mental berusia 70 tahun.

"Kami menganggap mereka sebahagian anggota keluarga dan memasak untuk mereka serta makan bersama-sama seumpama sebuah keluarga yang besar,” katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 2018, pusat jagaan itu beroperasi di sebuah rumah yang disewa di Taman Tasik Semenyih, Semenyih, Selangor dengan kadar sewa RM1,400 sebulan.

Bagaimanapun, pusat jagaan itu kini berdepan kesukaran kerana pemilik ingin menjual rumah tersebut dengan harga RM600,000 dalam tempoh hingga Disember tahun ini dan perlu dibeli untuk terus mengekalkannya sebagai sebuah pusat jagaan warga emas.

Penghuni Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah di Semenyih, Selangor. - - Foto Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah

Iklan

"Kami sedang usahakan membeli rumah ini, kalau tak dapat beli rumah, kami tak dapat bayangkan di mana ‘ibu ayah’ kami ini akan tinggal nanti.

"Kami mohon bantuan ramai supaya bantulah kami untuk beli rumah ini untuk penghuni-penguni dalam tempoh dua bulan lagi,” katanya.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah CIMB Bank 8604079094 atau hubungi Mohammad Azlan di talian 0 17-992 5503.