Beri peluang PH jadi kerajaan semula: Anwar

Iklan
Anwar ketika berucap di Jelajah Rakyat Bandar Tun Razak pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar rakyat memberikan peluang semula kepada gabungan tersebut untuk kembali menjadi kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan, PH memerintah selama 22 bulan sebelum ini, namun ketika itu pemerintahan diketuai oleh individu lain.

Iklan
Iklan

"Saya rayu kepada rakyat untuk beri peluang tukar (kepada PH). Kata dulu dah bagi 22 bulan (perintah), tetapi masa itu ketuanya siapa?

"Sekarang pula kalau menang ketuanya siapa? Janganlah samakan," katanya ketika berucap di Jelajah Rakyat Bandar Tun Razak di sini pada Isnin.

Iklan

Anwar menjelaskan, apa yang dikesalkan adalah fahaman rakyat 'diracun' apabila ada yang menyatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti bercampur serta bekerjasama dengan DAP.

"Saya nak jelaskan di sini, rakyat perlu lihat dasar kita apa dan tengok sendiri apa pendirian (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke Siew Fook dan (Presiden Parti Amanah) Mohamad Sabu," jelasnya.

Iklan

Beliau menambah, kuasa perlu dikembalikan kepada rakyat.

"Kita boleh lawan lebih berkesan jika rakyat bangkit," ujarnya.

Sementara itu, Anwar turut mempersoalkan, mana lebih bahaya sama ada harga barang naik, rasuah yang banyak atau DAP.

Jelasnya, DAP adalah sahabat dalam satu pasukan yang mana segala dasar dibuat bersama.

"Kalau keputusan dibuat dan saya sebagai pengerusi tak setuju, maka tak jalan juga.

"Saya kalau nak buat keputusan, mesti bersikap adil dan ihsan, itu adalah prinsip kita.

"Maknanya negara ini setelah merdeka lebih 60 tahun mesti 'peluk' dan mesti menganggap semua (rakyat) itu sebagai satu keluarga," katanya.