[VIDEO] Pelakon terkenal tiba di Mahkamah Sepang untuk didakwa

Iklan
Aktor lelaki yang berusia 36 tahun itu tiba di kompleks Mahkamah Sepang pada Selasa.

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Pelakon terkenal tiba di kompleks Mahkamah Sepang dipercayai bagi menghadapi pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di media sosial.

Aktor lelaki yang berusia 36 tahun itu tiba jam 8.10 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Vellfire hitam dan diiringi beberapa individu termasuk peguam dan wakil syarikat pengurusan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, sumber memberitahu Sinar Harian, pertuduhan akan dikemukakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, pelakon itu itu berdepan dengan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Iklan
Iklan