Pengerusi Korean Air meninggal pada usia 70 tahun

Iklan
Cho Yang-ho

SEOUL - KOREA SELATAN. Pengerusi Korean Air, Cho Yang-ho meninggal dunia pada usia 70 tahun, hari ini.

Jurucakap syarikat penerbangan Korea Selatan itu mengesahkan Yang-ho menghembuskan nafas terakhir di Amerika Syarikat akibat sakit kronik dan beliau turut mengalami masalah paru-paru.

Iklan
Iklan

"Beliau pernah menjalani pembedahan akibat penyakit paru-paru dan keadaan kesihatannya semakin buruk sejak dua tahun lalu," ujarnya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak didedahkan kepada umum dan berita kematiannya turut mengejutkan ramai pihak memandangkan Yang-ho baru membawa obor untuk Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang pada tahun lalu.

Iklan

Sejak beberapa tahun lalu, Korea Air telah dihimpit siri skandal melibatkan ahli keluarga pengasasnya termasuk Yang-ho yang berdepan dakwaan menggelapkan wang berjumlah 19.6 bilion won (RM70.1 juta) dan pecah amanah.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Iklan

Pada 2014, anak perempuan sulungnya, Heather Cho turut menjadi tajuk berita selepas wanita itu gagal mengawal kemarahannya ketika menaiki pesawat Korean Air hingga insiden itu mendapat jolokan 'nut rage'. - AFP