[VIDEO] 'Yang lain semua malaikat' - Zul Ariffin

Iklan
Zul Ariffin hadir di kompleks Mahkamah Sepang pada Selasa.

SEPANG - Aktor popular, Zul Ariffin secara sinis menempelak pihak terbabit atas pertuduhan yang dihadapinya.

Menurutnya, dia dengan rela hati mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Iklan
Iklan

"Yang lain semua terlibat (adalah) malaikat, saya seorang mengaku. Tidak mengapa," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Sepang di sini pada Selasa.

Zul Ariffin berkata, sebagai pelakon dan selebriti, setiap tindak-tanduk akan menerima akibatnya.

Iklan

Menurutnya, pertuduhan itu menjadi pengajaran terhadapnya untuk lebih berhati-hati di media sosial.

"Juga pengajaran kepada orang-orang atau pelakon lain di luar sana.

Iklan

"Jika disuruh membuat hantaran, tak payahlah. Beriya-iya 'dibakar' untuk tujuan promosi, berhati-hatilah. Jadikan saya sebagai contoh," katanya.

Pelakon yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 25 Oktober itu tiba di mahkamah pada jam 8.10 pagi ditemani beberapa individu termasuk peguam untuk menghadapi pertuduhan yang dikemukakan oleh SKMM.

Antara kelihatan penerbit, Gayathri Su-Lin Pillai.