Peserta Maraton London rebah sebelum meninggal dunia

Iklan
Maraton London menjadi tumpuan peserta dari seluruh dunia. - Foto Agensi

KEMERIAHAN Maraton London pada Ahad diselubungi berita sedih apabila seorang pelari lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia selepas terjatuh ketika perlumbaan kata penganjur pada Isnin.

Pelari dari tenggara England, yang tidak dinamakan oleh penganjur itu rebah antara kilometer (km) ke-37 dan 38 perlumbaan.

Iklan
Iklan

Sebuah ambulan dikejarkan ke tempat kejadian dalam tempoh tiga minit dan dia segera dibawa ke hospital.

"Walaupun dia mendapat rawatan kecemasan awal dan ambulan turut berada di lokasi kejadian dalam masa tiga minit, dia meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian," kata penganjur menerusi kenyataan.

Iklan

Penganjur Maraton London mengesahkan satu bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

"Dengan rasa sedih, kami mengesahkan kematian seorang peserta pada Maraton London TCS 2022.

Iklan

"Semua yang terbabit dalam penganjuran Maraton London mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakannya.

"Keluarga mangsa memohon privasi dan tiada kenyataan berkaitan akan dikeluarkan atas permintaan mereka," kata kenyataan berkenaan.

Atlet Kenya, Amos Kipruto menang gelaran pertama Maraton London bagi kategori lelaki, manakala peserta Ethiopia, Yalemzerf Yehualaw mengejutkan banyak pihak untuk muncul juara kategori wanita.