Peluang pekerjaan warga tempatan dipastikan tidak terjejas

Iklan
Saravanan menjawab soalan pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Peluang pekerjaan warga tempatan akan dipastikan tidak terjejas dengan kemasukan kira-kira 2.1 juta pekerja asing dalam masa terdekat ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau yang memberikan komitmen itu turut berjanji akan memastikan segala permohonan pihak industri untuk membawa masuk pekerja asing selepas ini, akan dikaji pihaknya secara mendalam.

Iklan
Iklan

"Semua orang minta (pekerja asing), kalau saya nak luluskan semua atas permintaan mereka, mungkin orang tempatan tak ada kerja di negara kita.

"Saya tidak mahu KL (Kuala Lumpur) jadi tempat longgokan (pekerja asing),” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Iklan

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (UMNO-Jempol) mengenai jaminan kerajaan bagi peluang pekerjaan kepada warga tempatan apabila tambahan kemasukan pekerja asing ke negara ini dalam masa terdekat.

Saravanan memaklumkan, seramai 2,127,722 pekerja asing dijangka berada dalam negara untuk bekerja di pelbagai sektor dalam tempoh satu ke dua bulan lagi.

Iklan

Jumlah berkenaan termasuk 1,244,400 jumlah pekerja asing yang kini berada dalam negara; 238,943 yang diluluskan eVDR (Visa Dengan Rujukan) dan 644,379 yang sedang menjalani pemeriksaan biometrik dan medikal di negara-negara sumber.

"Ini jumlah besar. Kita tidak pernah berada dalam kedudukan ini. Sebelum Covid-19 1.8 juta (jumlah pekerja asing), kita lihat hari ini kita dah lebih 300,000 orang (berbanding sebelum ini).

"Maka selepas segala permohonan ini, sebagai menteri saya perlu kaji secara mendalam sama ada perlu atau tidak (lulus permohonan baharu pekerja asing),” katanya. - Bernama