Bajet 2023 tetap dibentangkan Jumaat ini: MOF

Iklan
Bajet 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini. - Foto hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan Bajet 2023 tetap dibentangkan Jumaat ini meskipun terdapat spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebelum Jumaat.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap kementerian itu kepada pemberita pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Iya," jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian sebagai respon portal berita yang melaporkan pembangkang menjangkakan Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen sehari sebelum pembentangan bajet, iaitu Khamis ini.

Iklan

Istana Negara menafikan laporan mendakwa Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin lalu bagi meminta Parlimen dibubarkan segera seperti didakwa penulis blog, Datuk Zaharin Mohd Yasin.

Iklan