15 maut akibat rusuhan di penjara Ecuador

Iklan
Kenderaan polis Ecuador tiba di pusat pemulihan sosial Serantau Sierra Centro Norte Cotopaxi, berikutan pertempuran antara banduan, di Latacunga, selatan Ecuador. - Foto AFP

QUITO - Sekurang-kurangnya 15 banduan maut manakala 20 lagi cedera dalam satu lagi rusuhan penjara yang tercetus di bandar Latacunga Ecuador, pada Isnin.

Menurut Pejabat Peguam Negara menerusi ciapan di Twitter, seramai 15 banduan terbunuh selepas konfrontasi membabitkan kumpulan-kumpulan banduan, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Antara yang maut dalam kejadian itu ialah Leandro Norero, salah seorang pengedar dadah utama dan didakwa kerana pengubahan wang haram.

Rusuhan itu menyebabkan pihak berkuasa penjara mengaktifkan semua langkah keselamatan dan unit angkatan tentera dikerah untuk memberi bantuan.

Iklan

Punca rusuhan masih disiasat.

Presiden Ecuador Guillermo Lasso mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh.

Iklan

Keganasan di penjara setakat ini telah mengorbankan lebih 300 banduan pada 2021 dan keadaan itu berterusan pada 2022. - Bernama