Lebih 20,000 siswa terima manfaat Food Bank Malaysia

Iklan
FBM Siswa merupakan salah satu inisiatif dilaksanakan kerajaan sejak 2018 bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat selain mengurangkan isu pembaziran makanan yang masih boleh dimakan.- Gambar hiasan.

MELAKA - Seramai 20,951 siswa di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menerima manfaat menerusi 28 Food Bank Malaysia (FBM) Siswa yang diwujudkan di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, FBM Siswa merupakan salah satu inisiatif dilaksanakan kerajaan sejak 2018 bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat selain mengurangkan isu pembaziran makanan yang masih boleh dimakan.

Iklan
Iklan

"Program ini telah diperhalusi lagi dengan pelaksanaan model baharu agar mampu memberi impak positif kepada golongan memerlukan selain membantu rakan industri menguruskan lebihan makanan secara lebih sistematik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pusat Pengagihan dan Pengumpulan Barang FBM KPDNHEP Cawangan Melaka yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan turut dihadiri Exco Perpaduan, Penerangan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.

Iklan

Pusat Pengagihan dan Pengumpulan Barang itu juga hasil kerjasama Yayasan Al-Manjie dan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Negeri Melaka sebagai Rakan Strategik Utama (RSU).

Azman berkata, kerjasama strategik dengan badan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber berkenaan secara bersama untuk manfaat golongan memerlukan.

Iklan

Katanya, sehingga kini terdapat enam Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Food Bank Malaysia di KPDNHEP bagi memudahkan mana-mana pihak atau NGO yang ingin menghulurkan sumbangan selain menjadi lokasi untuk golongan memerlukan mendapatkan sumbangan. - Bernama