Polis buru suspek terlibat dalam jenayah samun

Iklan
Kejadian samun yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Telok Panglima Garang tular di media sosial pada Selasa.

KUALA LANGAT - Penduduk di sekitar kawasan Telok Panglima Garang dikejutkan dengan tiga kejadian samun melibatkan kehilangan sebuah kereta dan pecah masuk rumah yang tular menerusi media sosial pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, tiga kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 11 September, 20 September dan 3 Oktober.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian pertama pada 11 September melibatkan kehilangan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna hijau yang dicuri dalam kawasan parkir sebuah taska di sini.

"Kejadian kedua pada 20 September memaparkan dua individu menaiki sebuah Perodua Axia dilihat cuba memecah masuk sebuah rumah dan kejadian ketiga pada 3 Oktober melibatkan kejadian samun dan ragut di sebuah rumah, kesemuanya dipercayai berlaku di sekitar kawasan Telok Panglima Garang di sini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes ini.

"Kejadian tersebut disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (Samun Berkawan Tanpa Senjata Api).

Antara rakaman kamera litar tertutup yang dirakam memaparkan sebuah kereta yang dipercayai dinaiki suspek.

Iklan

"Usaha mengesan bagi menangkap suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya.

Pada Selasa, kejadian samun melibatkan kecurian sebuah kereta jenis Perodua Axia dan memecah masuk sebuah rumah tular di media sosial.

Kejadian itu dipercayai dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di dua lokasi kejadian sebelum dimuat naik menerusi media sosial.