Pesakit mental baling pisau di restoran ditahan

Iklan
Tular video yang memaparkan kejadian seorang lelaki ditangkap oleh orang awam kerana membaling pisau di sebuah restoran makanan segera.

KUALA LUMPUR - Polis telah menerima laporan berkaitan kejadian seorang lelaki disyaki pesakit mental ditangkap oleh orang awam kerana membaling pisau di sebuah restoran makanan segera di Taman Midah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 11.25 pagi.

Iklan
Iklan

"Kita telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan, siasatan awal mendapati suspek merupakan orang kurang upaya (OKU) terencat akal serta mempunyai kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Suspek juga sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur untuk sakit mentalnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Zam Halim berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

"Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," katanya.

Iklan

Pada Rabu, satu klip video berdurasi 18 saat dimuat naik oleh pemilik akaun aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian seorang lelaki ditangkap oleh orang awam kerana membaling pisau di restoran berkenaan.