GERGASI La Liga, Barcelona tekad menampilkan corak permainan agresif apabila berdepan Inter Milan dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara di San Siro, menurut pengendali Barcelona, Xavi Hernandez.
"Sebenarnya Barcelona diundi dalam kumpulan maut pada saingan Liga Juara-Juara musim ini. Inter pula ialah saingan yang kuat di San Siro.
"Kami sebelum ini sudah mensia-siakan peluang ketika tewas menentang Bayern di Allianz, jadi untuk perlawanan ini kami akan cuba menjadi pasukan yang lebih berkesan dalam tindakan penyudah.
Barcelona memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-1 di laman sendiri ke atas Viktoria Plzen, namun gagal meneruskan momentum positif apabila tewas 0-2 kepada Bayern Munich di Allianz Arena
Malah lebih malang menurut Xavi, Blaugrana yang lebih mendominasi perlawanan terpaksa akur kepada gergasi Bundesliga Jerman yang lebih klinikal.
"Sesuatu yang malang apabila Barcelona yang tampil lebih baik dalam menguasai penguasaan bola, akhirnya mengalah kepada Bayern yang menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit,” katanya.
LIGA JUARA-JUARA
SELASA (5 OKTOBER)
Olympique de Marseille lwn Sporting Lisbon, 12.45 tengah malam
Bayern Munich lwn FC Viktoria Plzeň, 12.45 tengah malam
Liverpool lwn Rangers, 3 pagi
Inter Milan lwn Barcelona, 3 pagi
Eintracht Frankfurt lwn Tottenham Hotspur, 3 pagi
Ajax Amsterdam lwn Napoli, 3 pagi
Club Brugge lwn Atlético de Madrid, 3 pagi
Porto lwn Bayer Leverkusen, 3 pagi