Calon 'heavyweight', di mana mereka bertanding?

Iklan

Najib, Wan Azizah dan Kit Siang antara nama besar tidak bertanding PRU15

SHAH ALAM - Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin panas apabila hampir semua gabungan parti politik tidak kira BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) mahupun Gerakan Tanah Air (GTA) kini sedang dalam peringkat akhir memuktamadkan nama calon dan jumlah kerusi ditandingi mereka nanti.

Malah, difahamkan hampir semua pemimpin utama parti politik sudah mengesahkan sama ada mereka akan mempertahankan kerusi dimenangi pada PRU14 lalu atau berpindah ke kawasan baharu pada PRU15.

Iklan
Iklan

Tidak ketinggalan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hampir pasti bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk, Perak yang dimenangi sejak tahun 1995 biarpun beliau sedang menghadapi perbicaraan bela diri di mahkamah atas 47 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Yayasan Akalbudi.

Baca laporan penuh di Sinar Premium

Iklan
Iklan