Ubah gaya hidup ke arah lebih baik

Iklan
Yahaya

SHAH ALAM - Program My #QuranTime yang dianjurkan sejak dua tahun lalu telah banyak meninggalkan impak dan mengubah gaya hidup pengikut setianya ke arah lebih baik.

Peguam, Yahaya Othman berkata, program berteraskan keagamaan itu juga mengajarnya untuk sentiasa meletakkan agama sebagai teras keutamaan dalam setiap rutin kehidupan.

Iklan
Iklan

"Dengan mengikuti program ini dan memahami secara lebih terperinci tentang mukjizat al-Quran telah banyak mengubah cara hidup saya sekarang.

"Kita kena atur perjalanan mengikut keutamaan mana (urusan) yang lebih penting, nak baca al-Quran atau lebih pentingkan cari duit siang malam hingga al-Quran terabai?

Iklan

"Saya juga mula sedar ternyata selama ini banyak perkara yang ditekankan dalam al-Quran tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pesara polis itu turut berkongsi keterujaan untuk bersama-sama keluarganya mengikuti Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bakal berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober ini.

Iklan

"Saya sudah mengikuti program ini dari awal. Jadi saya tidak mahu melepaskan kemuncak untuk khatam dan mendengar tadabbur secara beramai-ramai kali ini.

"Kita biasa tengok majlis khatam al-Quran, tetapi khatam berserta tadabbur merupakan satu benda baharu buat rakyat Malaysia.

"Pastinya ia akan menampilkan satu kelainan yang mengujakan terutamanya buat peminat setia program ini,” ujarnya.