SHAH ALAM - Pas menafikan parti itu mengeluarkan satu kenyataan media yang menamakan presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil turut menafikan dakwaan kononnya Pas melahirkan rasa syukur atas keputusan UMNO membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada tahun ini.
Iklan
Iklan
Ujarnya, kenyataan yang tular di media sosial menggunakan logo rasmi parti dan nama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu adalah tidak benar dan palsu.
"Saya baru terima satu kenyataan media pagi ini kononnya kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas bertarikh 2 Oktober 2022.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Pas mengulangi tiga pendirian parti itu mengenai politik semasa dengan mengambil kira beberapa faktor situasi negara ketika ini.
Abdul Hadi berkata, pertama, Pas berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tiada keperluan disegerakan.
Artikel Berkaitan