BENTONG - Belanjawan Pahang 2023 tetap akan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada pembentangan belanjawan negeri akan tetap diteruskan, mengambil kira spekulasi kemungkinan pembubaran Parlimen akan berlaku dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada pembubaran DUN Pahang akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen, Wan Rosdy berkata, perkara itu belum dibincangkan.
Mengulas mengenai pembukaan semula jalan itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan RM5 juta untuk kerja baik pulih selepas berlaku runtuhan cerun dan jalan di kawasan itu sejak November 2021.
"Pembukaan jalan ini memudahkan penduduk terutamanya mereka yang berulang-alik dari Bentong ke Raub yang terpaksa melalui perjalanan jauh menggunakan laluan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) sejak jalan ini ditutup," katanya.
Kerja-kerja baik pulih jalan berhampiran kilang Lee Rubber Co (Pte) Ltd itu bermula pada 20 Jan lepas, namun terpaksa ditangguhkan sementara, selepas berlaku runtuhan tanah akibat hujan lebat pada 18 Mac lepas. -Bernama