Didenda RM791,775 jual selipar tiruan
Iklan
BERITA SEMASA 5 OKTOBER 2022
Seorang pengurus dan dua pengarah bersama syarikatnya didenda 791,775 ringgit oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak pada Rabu kerana memperdagangkan 17,595 pasang kasut dan selipar jenama tiruan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh, Yap Kian Seng berusia 60 tahun, Yap Yin Keat berusia 50 tahun dan Sun Haixia berusia 40 tahun beserta syarikatnya bersalah.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis tanpa nama kira-kira jam 11.30 pagi di Kawasan Perindustrian Menglembu, Ipoh, pada 18 Disember 2019.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 8 (2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 (2)(B) manakala syarikat pula di bawah Seksyen 8 (2)(A) akta sama.
#BeritaSemasa #SinarHarian
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keselamatan diri murid keperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu" /><meta itemprop="description" content="Keselamatan diri murid keperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan inisiatif aspek keselamatan diri dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui pembangunan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Persekolahan Pendidikan Khas 2027.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh, berkata ini kerana KPM berpandangan keselamatan diri murid adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian khusus terutamanya kepada MBPK.
Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan kesediaan kementerian untuk menerapkan pelajaran mengenai keselamatan diri dalam sukatan pelajaran MBPK.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #KPM #MBPK #kurikulumkhas" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-05T08:50:42.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/XJENq1dAToeRxPp-A/x120" /><meta itemprop="duration" content="P186S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x98mm7o" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x98mm7o"></script>